PERUBAHAN rejim di Rusia bukanlah objektif Nato, walaupun Moscow menyerang Ukraine, kata Canselor Jerman Olaf Scholz pada Ahad, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyifatkan Vladimir Putin sebagai “penjual daging” yang tidak boleh kekal berkuasa.
Ia “bukan objektif NATO, mahupun presiden AS”, kata Scholz kepada saluran televisyen Jerman ARD.
“Saya berpeluang bercakap panjang lebar dengannya di Rumah Putih dan kami juga telah membincangkan persoalan ini,” tambahnya.
Rumah Putih bertindak mengetepikan komen Biden semasa berucap di Warsaw.
Setelah mengecam presiden Rusia sebagai “penjual daging” kerana pencerobohannya ke atas Ukraine, Biden berkata pada akhir ucapan: “Demi Tuhan, lelaki ini tidak boleh kekal berkuasa.”
“Demokrasi, kebebasan dan keadilan mempunyai masa depan di mana-mana,” kata Scholz pada hari Ahad.
“Tetapi ia adalah untuk rakyat dan negara memperjuangkan kebebasan ini,” tambahnya.
Komen Scholz berikutan kenyataan awal Ahad oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang mana beliau memberi amaran terhadap ketegangan dengan Putin. – AFP, 28 Mac, 2022.
Komen