Rakyat di bekas tanah jajahan British bebas tentukan peranan monarki, kata Putera William


Putera William membayangkan seorang raja British mungkin pada masa depan tidak lagi mengetuai 54 negara Komanwel ketika pertubuhan politik di bekas tanah jajahannya berkembang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2022.

PUTERA William menamatkan lawatan di kepulauan Caribbean dengan mengakui bahawa bekas tanah jajahan British di rantau itu mesti memutuskan sama ada untuk menghapuskan peranan monarki ataupun tidak di negara mereka.

Kerabat diraja berusia 39 tahun itu juga membayangkan seorang raja British mungkin pada masa depan tidak lagi mengetuai 54 negara Komanwel ketika pertubuhan politik di bekas tanah jajahannya berkembang.

Pengakuan mengejut itu menjawab laporan muka depan beberapa akhbar Britain hari ini berhubung lawatan ke atas tiga negara di rantau Caribbean minggu lalu yang mendapat bantahan dan kritikan.

William dan isterinya Catherine, 40, berdepan tuntutan permohonan maaf terhadap perdagangan hamba yang membantu mengatasi kekayaan diraja Britain, dan tuduhan itu seolah-olah “disembunyikan” berhubung unsur-unsur lawatan itu.

Mereka juga terpaksa berhadapan dengan isu bekas tanah jajahan yang mempertimbangkan sama ada akan mengikut jejak Barbados dan membuang permaisuri sebagai ketua negara mereka.

Barbados secara rasmi mengisytiharkan kepulauan itu sebagai republik pada November.

Belize, Jamaica dan Bahamas – semuanya tempat persinggahan dalam lawatan diraja itu – masing-masing dikatakan sedang memikirkan langkah sedemikian.

Perdana Menteri Jamaica Andrew Holness dengan tegas memberitahu William di hadapan media bahawa negara itu akan “bergerak” sebagai sebuah negara merdeka.

“Saya tahu lawatan ini membawa kepada soalan tumpuan yang lebih tajam tentang masa lalu dan masa depan,” kata kerabat diraja Britain itu dalam satu kenyataan pada akhir lawatan hari ini.

“Di Belize, Jamaica dan Bahamas, masa depan negara itu diputuskan rakyatnya.”

William menambah baginda dan isterinya “komited untuk berkhidmat” dan itu bermakna “tidak memberitahu orang apa yang perlu dilakukan” sebaliknya “melayan dan menyokong mereka”. – AFP, 27 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen