5 kanak-kanak Palestin maut dalam kebakaran di Tebing Barat


LIMA kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah di berhampiran bandar Hebron Tebing Barat semalam, lapor agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

Datuk Bandar Taffuh Mahmoud Erzekat berkata kanak-kanak berkenaan berusia antara lima hingga 14 tahun itu meninggal dunia pada awal pagi selepas kebakaran berlaku di rumah mereka.

Seramai 15 orang lagi cedera termasuk ibu bapa kanak-kanak itu yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa tempatan berkata mereka sedang menyiasat punca kebakaran.

Turut tercedera adalah beberapa penduduk berhampiran yang cuba menyelamatkan keluarga daripada kebakaran.

Kanak-kanak itu dikebumikan di Taffuh pada petang semalam.

Pekan ini terletak lapan kilometer di barat Hebron, kawasan yang kerap berlaku pertempuran antara Palestin dan tentera Israel yang menduduki Tebing Barat sejak Perang Enam Hari 1967. – AFP, 27 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen