PERINTAH berkurung baharu akan dilaksanakan ke atas ibu negara Ukraine bermula malam ini hingga pagi Isnin, umum Datuk Bandar Kviv Vitali Klitschko sebentar tadi.
“Pihak tentera memutuskan untuk menguatkuasakan semula perintah berkurung. Ia akan bermula dari 8.00 malam ini (waktu tempatan) sehingga 7.00 pagi Isnin,” katanya di Telegram.
Beliau berkata penduduk hanya boleh “keluar untuk mencari perlindungan jika siren berbunyi” sambil menambah “pengangkutan awam, kedai, farmasi dan stesen minyak akan ditutup.”
Perintah berkurung telah dikenakan beberapa kali di Kyiv sejak pencerobohan Rusia pada 24 Februari.
Perintah berkurung sebelum ini dilaksanakan selama 35 jam antara 21 dan 23 Mac. – AFP, 26 Mac, 2022.
Komen