AUSTRALIA menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 kepada individu berusia lebih 65 tahun mulai bulan depan, umum pihak berkuasa kesihatan hari ini.
Kumpulan penasihat teratas mengenai vaksin meluluskan suntikan keempat untuk kumpulan berisiko tinggi.
Dalam enam minggu lalu negara lain termasuk Perancis, Jerman dan Sweden serta pihak berkuasa kesihatan di England menyarankan dos vaksin Covid-19 keempat untuk golongan paling berisiko termasuk warga emas.
Australia melaporkan kadar jangkitan harian lebih 50,000 kes dalam beberapa hari lepas, kira-kira dua kali ganda berbanding sebulan sebelumnya yang mana sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan varian Omicron yang mudah berjangkit.
Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata dos tambahan akan diberikan mulai 4 April, hampir dua bulan sebelum bermulanya musim sejuk Australia.
Bagi mereka yang mendapat dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lebih awal.
“Suntikan penggalak ialah perlindungan terbaik terhadap kes Covid-19 yang paling teruk dan mungkin memberikan perlindungan terhadap Long Covid,” katanya.
Menteri kesihatan juga berkata pelawat yang tiba di Australia tidak perlu lagi mendapatkan bukti ujian negatif Covid-19 terlebih dahulu apabila sekatan Covid-19 tamat tempoh pada 17 April.
Penumpang bagaimanapun perlu lengkap divaksin dan memakai topeng pelitup muka di dalam penerbangan. – AFP, 25 Mac, 2022.
Komen