SEBANYAK 24,316 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, meningkat daripada 22,491 kes sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Malaysia mencatatkan lebih 20,000 kes setiap hari sejak Februari akibat gelombang Omicron.
Laman web CovidNow juga menunjukkan terdapat 64 kematian, dengan 18 daripadanya merupakan kematian di luar hospital.
Angka baharu itu menjadikan kes aktif di negara ini berjumlah 247,603 manakala kematian sebanyak 34,664. Terdapat juga 3.7 juta pesakit yang pulih.
Pangkalan data GitHub menunjukkan Selangor adalah satu-satunya negeri yang mencatatkan lima angka kes, melaporkan 11,692 jangkitan.
Negeri lain yang melaporkan kes ialah Johor (986), Kedah (1,252), Kelantan (436), Melaka (594), Negeri Sembilan (888), Pahang (631), Perak (1,324), Perlis (90), Pulau Pinang (1,577), Sabah (436), Sarawak (1,400), Terengganu (430), Kuala Lumpur (2,425), Labuan (71), dan Putrajaya (84).
Johor mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 11 kematian, diikuti Perak (9) dan Selangor dan Kedah masing-masing sebanyak lapan kes.
Kematian turut dilaporkan di Melaka (5), Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak (4) masing-masing, Terengganu (3), Kelantan, Pulau Pinang dan Sabah (masing-masing 2) dan Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing 1).
Kemasukan hospital berjumlah 6,019 setakat semalam, di mana 331 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi, manakala 194 memerlukan sokongan pernafasan. – 25 Mac, 2022.
Komen