Switzerland beku aset Rusia bernilai AS$6.2 bilion


Switzerland membekukan AS$6.2 bilion aset Rusia di negara itu, seiring dengan tindakan sekatan dilakukan Kesatuan Eropah terhadap. – Gambar EPA, 25 Mac, 2022.

SWITZERLAND membekukan bersamaan 5.75 bilion franc Swiss (AS$6.2 bilion) dalam aset Rusia sejak pencerobohan Ukraine, kata seorang pegawai kanan kementerian ekonomi pada Khamis.

Jumlah itu, 5.6 bilion euro, termasuk dana dan aset seperti hartanah di kawasan pelancongan Switzerland, kata Erwin Bollinger dari Sekretariat Negeri bagi Hal Ehwal Ekonomi.

Tindakan Switzerland pada 28 Februari itu seiring dengan sekatan Kesatuan Eropah walaupun secara tradisinya berkecuali. 

Bank dikehendaki melaporkan individu, syarikat atau entiti yang disasarkan oleh sekatan kepada Kementerian Ekonomi.

Dana itu dibekukan tetapi tidak dirampas dan kekal menjadi hak milik individu berkenaan kerana tiada asas undang-undang untuk membenarkan rampasan di Switzerland, tambah Bollinger, menurut laporan oleh agensi Switzerland ATS.

Switzerland sangat popular dengan individu kaya Rusia, termasuk resort ski Saint Moritz yang terkenal dengan chalet mewahnya. – AFP, 25 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen