BERMULA 29 Mac, pemakaian pelitup muka di kawasan luar di Singapura akan menjadi satu pilihan, dan saiz perkumpulan untuk majlis sosial akan digandakan daripada lima kepada 10 individu, ketika republik itu membuat keputusan untuk menjalani kehidupan norma baharu dengan covid-19, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini.
Walaupun pemakaian pelitup muka di luar adalah pilihan berikutan risiko jangkitan yang rendah, ia masih diwajibkan bagi kawasan tertutup, kata Lee menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen hari ini.
Penjarakan sosial 1 meter antara kumpulan masih diperlukan dalam keadaan di mana pelitup muka tidak digunakan bagi mengurangkan risiko jangkitan, katanya.
Pihak berkuasa juga akan menaikkan had kapasiti bagi acara lebih besar, contohnya bagi lebih 1,000 individu, kepada 75%.
Pada masa ini, had ditetapkan pada 50% jika membabitkan 1,000 individu dan pemakaian pelitup muka wajib.
Lee berkata 75% pekerja yang bekerja dari rumah akan dibenarkan kembali ke tempat kerja, dinaikkan berbanding 50% pekerja pada masa ini.
Dalam ucapannya, Lee berkata Singapura sudah mencapai kejayaan penting dalam perjalanan Covid-19 republik itu.
“Majoriti populasi kita sudah divaksin, dan hampir semua orang layak yang layak sudah menerima dos penggalak,” katanya.
Tambahan pula katanya, gelombang Omicron kini mulai reda dan menurun.
“Dengan kebanyakan daripada kita sudah terdedah kepada virus itu dan pulih, populasi kita kini lebih kuat imunitinya,” katanya. – Today Online, 24 Mac, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen