TUJUH mayat terbakar ditemui di dalam kenderaan jenis pikap di wilayah tengah Mexico, di kawasan yang memang terkenal dengan keganasan berkaitan pergaduhan kartel, kata pihak berkuasa.
Kenderaan itu ditemui di Celaya, Guanajuato pada malam kelmarin, dilaporkan dicuri di kawasan berhampiran Michoacan, kata setiausaha eksekutif keselamatan Guanajuato Sophia Huett.
Semua mayat masih belum dapat dikenal pasti identitinya.
Guanajuato dan Michoacan antara negeri di Mexico yang paling tinggi kes keganasan susulan ia kawasan perang antara geng dalam penyeludupan dadah dan aktiviti haram lain termasuk jual beli minyak curi.
Mexico tersepit dalam keganasan antara kartel sejak 2006 selepas kerajaan melancarkan operasi anti dadah yang kontroversi membabitkan tentera persekutuan.
Dilaporkan lebih 340,000 kes pembunuhan berlaku sejak itu, kebanyakannya kerana pergaduhan antara penjenayah, menurut pihak berkuasa. – AFP, 24 Mac, 2022.
Komen