ENAM pelajar perempuan sekolah menengah maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah trak di Oklahoma City pada Selasa.
Kejadian itu disahkan Peronda Lebuhraya Oklahoma (OHP).
Nahas berlaku selepas kereta dinaiki pelajar Sekolah Tinggi Tishomingo bertembung dengan trak berkenaan, lapor United Press International (UPI).
“Kami belum menerima butiran lanjut mengenai punca nahas itu. Kereta itu dipercayai diseret kira-kira 100 kaki,” kata pegawai OHP. – Bernama, 23 Mac, 2022.
Komen