Vietnam Airlines gantung penerbangan ke Russia mulai 25 Mac


Vietnam Airlines umum akan menggantung sementara penerbangan laluan Hanoi-Moscow mulai Jumaat ini. – Gambar EPA, 23 Mac, 2022.

VIETNAM Airlines mengumumkan akan menggantung sementara penerbangan bagi laluan Hanoi-Moscow mulai Jumaat ini bagi menyemak prosedur, keperluan dan peraturan berkaitan insurans pesawat dan operasi penerbangan ke Russia.

Wakil syarikat penerbangan itu berkata pihaknya akan menawarkan bayaran balik percuma kepada penumpang yang sudah membeli tiket, atau menukar ke penerbangan lain apabila laluan itu disambung semula.

“Penggantungan itu akan berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak. Syarikat penerbangan mengesyorkan penumpang sentiasa mengikuti maklumat terkini,” lapor Agensi Berita Vietnam.

Pada masa ini, Vietnam Airlines syarikat penerbangan tunggal yang mengendalikan laluan tetap ke Rusia dan akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan perkhidmatan itu dapat disambung semula secepat mungkin.

Penumpang boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang Vietnam Airlines di www.vietnaairlines.com, aplikasi mudah alih, di www.facebook.com/VietnamAirlines, pusat panggilan di 19001100 atau pejabat tiket dan ejen di seluruh negara. – Bernama, 23 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen