Jen Psaki positif Covid-19, tidak dapat sertai lawatan Biden ke Eropah


Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki tidak akan turut serta dalam lawatan Presiden Joe Biden ke Eropah selepas beliau disahkan positif Covid-19. – Gambar EPA, 23 Mac, 2022.

SETIAUSAHA Akhbar Rumah Putih Jen Psaki semalam berkata beliau positif Covid-19 dan tidak akan turut serta dalam lawatan Presiden Joe Biden ke Eropah, lapor Sputnik.

“Setakat ini hanya mengalami simptom ringan dan akan bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh kuarantin selama lima hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada November lalu Psaki pernah dijangkiti Covid-19 sebelum lawatan Biden ke Rom untuk menghadiri sidang kemuncak G20 dan sidang kemuncak iklim PBB.

Biden dijadual berlepas ke Brussels pada Khamis untuk menghadiri sidang kemuncak NATO sebelum meneruskan lawatan ke Poland. – Bernama, 23 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen