Ribuan remaja perempuan kembali ke sekolah di Afghanistan


Kementerian pendidikan berkata sekolah akan dibuka semula hari ini di seluruh beberapa wilayah termasuk ibu kota Kabul. – Gambar EPA, 23 Mac, 2022.

PULUHAN ribu remaja perempuan dijangka kembali ke sekolah menengah di seluruh Aghanistan hari ini, tujuh bulan selepas Taliban merampas kuasa dan menguatkuasakan sekatan terhadap hak wanita diberikan peluang kepada pendidikan.

Semua sekolah ditutup kerana pandemik Covid-19 ketika Taliban mengambil alih pentadbiran negara pada Ogos – tetapi hanya lelaki dan kanak-kanak perempuan dibenarkan kembali ke sekolah, dua bulan kemudian.

Masyarakan antarabangsa menjadikan antara syarat rundingan bantuan dan pengiktirafan, ialah hak pendidikan kepada semua rakyat, dengan beberapa negara dan organisasi beri tawaran untuk membayar gaji guru.

Kementerian pendidikan berkata sekolah akan dibuka semula hari ini di seluruh beberapa wilayah termasuk ibu kota Kabul.

Tetapi bagi di wilayah selatan di Kandahar, iaitu kubu Taliban, sekolah tidak dibuka hingga bulan depan. Tiada sebab diberikan.

Kementerian berkata pembukaan semula sekolah adalah objektif kerajaan sejak dulu dan Taliban bukan tunduk pada tekanan.

“Kami bukan buka semula sekolah untuk menggembirakan masyarakat antarabangsa, atau mendapat pengiktirafan dunia,” kata jurucakap kementerian Aziz Ahmad Rayan.

Taliban berkata ia mahu memastikan sekolah untuk remaja perempuan berusia 12 hingga 18 tahun diasingkan dan beroperasi menurut prinsip Islam. – AFP, 23 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen