PENUNJUK perasaan berkumpul di Kingston, Jamaica sebagai bantahan terhadap lawatan rasmi Putera William dan Kate ke negara bekas jajahan British itu dan mendesak monarki memohon maaf atas peranannya dalam perdagangan hamba.
Duke dan Duchess Cambridge tiba di ibu negara itu untuk persinggahan tiga hari, sebahagian daripada perjalanan diraja ke Caribbean sempena ulang tahun ke-70 kemahkotaan Ratu Elizabeth II.
Bagaimanapun, penunjuk perasaan dengan membawa plakad mengadakan protes di depan Pesuruhjaya Tinggi Britain menjelang kehadiran pasangan diraja itu, mendesak monarki membayar pampasan dan memohon maaf.
Perdagangan hamba menyebabkan ratusan ribu rakyat Afrika dibawa ke pulau itu dan diberikanan layanan yang tidak berperikemanusiaan.
Penunjuk perasaan, Clement Jawari Deslandes moyang datuk neneknya sudah tentu bengang dengan kehadiran kerabat diraja ke negara itu, yang sedikit pun tidak rasa bimbang dan tiada keinsafan dalam hati mereka.
“Mereka ada segala kelebihan, yang membolehkan mereka datang sesuka hati ke sini dan kami perlu bentangkan permaidani merah untuk mereka. Zaman itu sudah berlalu.
“Saya di wini mewakili nenek moyang saya, yang semuanya meninggal dunia dalam perhambaan dan dibunuh kerana penindasan orang putih,” katanya.
Lawatan diraja ke Jamaica itu juga ketika desakan semakin tinggi untuk Jamaica mengikut jejak langkah Barbados dan menjadi republik, enggan lagi menjadikan ratu sebagai ketua negara.
William dan Kate turut membatalkan lawatan ke perkampungan Belize sebagai permulaan jelajah Caribbean, dilaporkan susulan rungutan daripada masyarakat orang asli. – AFP, 23 Mac, 2022.
Komen