6 kanak-kanak maut, bas sekolah terbabas


ENAM kanak-kanak terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera selepas bas sekolah dinaiki mereka terjunam ke jurang di Colombia, semalam, kata pihak berkuasa.

“Kemalangan berlaku membabitkan sebuah bas sekolah di jalan Laguna de Ortices-San Andres di mana enam kanak-kanak maut dan lebih 15 yang lain cedera,” kata Gabenor Santander Mauricio Aguilar di Twitter.

Kumpulan pelajar sekolah luar bandar itu dalam perjalanan pulang ke San Andres ketika bas berkenaan terbabas, kata Datuk Bandar Jose Rosember Rojas.

Imej disiarkan media tempatan menunjukkan bas itu di kawasan hutan yang curam dengan bumbungnya dan beberapa tempat duduk tertanggal.

Kemalangan jalan raya antara punca kematian utama di Colombia. Pada 2021, negara itu merekodkan 7,200 kemalangan maut. – AFP, 23 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen