SEORANG lelaki bersenjatakan pisau menikam beberapa orang dan melanggar yang lain dengan kereta dalam satu kejadian di selatan Israel semalam, menyebabkan empat terbunuh.
Penyerang itu, dikenal pasti sebagai Bedouin yang sebelum ini dipercayai cuba menyertai kumpulan Islamic State, ditembak mati oleh penduduk tempatan di bandar Beersheba, kata polis.
Perdana Menteri Naftali Bennett berjanji untuk menjejak “pengganas” susulan insiden itu yang berlaku pada 4 petang waktu tempatan, berhampiran sebuah stesen minyak dan tepi jalan pusat beli-belah.
Saksi berkata nampak seorang lelaki memegang pisau panjang seperti pedang, ketika berpusing-pusing mencari mangsa untuk ditikam.
Polis dan pihak kecemasan perubatan Magen David Adom berkata penyerang menikam seorang wanita di stesen minyak, menggunakan keretanya melanggar seorang warga emas yang sedang menunggang basikal, dan menikam beberapa yang lain di luar pusat beli-belah, sebelum dia ditembak.
Polis setakat ini belum mengenal pasti identiti suspek. – AFP, 23 Mac, 2022.
Komen