Sesi khas PBB mengenai Ukraine disambung semula 23 Mac


Presiden UNGA Abdulla Shahid memutuskan sesi khas tergempar PBB mengenai Ukraine diadakan pada Rabu, 10 pagi di ibu pejabatnya di New York. – Gambar EPA, 22 Mac, 2022.

AMERIKA Syarikat, Perancis, Ukraine, Estonia, Georgia, Kanada, Jerman dan beberapa negara lain meminta sesi khas tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Ukraine disambung semula pada Rabu, lapor Sputnik.

“Berdasarkan resolusi PBB ES-11/1, yang diterima pakai ketika sesi khas tergempar pada 2 Mac 2022, kami meminta sesi khas tergempar Perhimpunan Agung PBB yang ke-11 disambung semula pada Rabu (23 Mac 2022) atau dalam masa terdekat, bagi mempertimbangkan tindakan operasi ketenteraan terhadap isu kemanusiaan di Ukraine,” menurut surat ditujukan kepada Presiden UNGA.

Presidennya Abdulla Shahid kemudian memutuskan sesi itu akan diadakan pada Rabu, 10 pagi (2 petang GMT) di ibu pejabatnya di New York.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine selepas Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk (DPR dan LPR) merayu bantuan mempertahankan diri daripada tentera Kyiv pada 24 Februari.

Matlamat operasi khas Rusia adalah untuk “menekan” Ukraine dan hanya menyasarkan infrastruktur ketenteraan. 

Moscow berulang kali menegaskan tiada rancangan menakluki Ukraine.

Berikutan krisis berkenaan, negara-negara Barat mengenakan pelbagai sekatan ekonomi terhadap Rusia. – Bernama, 22 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen