LEBIH 30 anggota kumpulan militan Islamic State (IS) terbunuh dalam pertempuran sengit pada Sabtu dengan pasukan rejim Syria di wilayah barat laut Idlib, kata seorang pemerhati perang.
Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpengkalan di Britain, Rami Abdel Rahman, mengatakan pertempuran pada Sabtu itu membunuh 32 militan.
Pasukan tentera Presiden Syria Bashar al-Assad melancarkan serangan terhadap Idlib pada Disember untuk merampas tenggara wilayah itu yang dikuasai oleh kumpulan militan lain, Hayat Tahrir al-Sham (HTS).
Kumpulan itu dikuasai oleh bekas sekutu Al-Qaeda, pesaing IS.
Pertempuran terbaru berlaku selepas tentera Syria berkata pada Jumaat ia mengusir IS dari kejiranan Idlib, wilayah Hama dan Aleppo.
Perang Syria membunuh lebih 340,000 orang dan menyebabkan jutaan melarikan diri sejak ia bermula pada Mac 2011 dengan penindasan kejam terhadap protes anti-kerajaan. – AFP, 11 Februari, 2018.
Komen