BEBERAPA siri pembunuhan yang berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini mencetuskan risiko kepada golongan gelandangan di Amerika Syarikat (AS) ketika pandemik Covid-19 melanda, lapor Xinhua.
Menurut The Guardian pada Sabtu, terdapat sekurang-kurangnya lima kes gelandangan ditembak seorang lelaki bersenjata sejak dua minggu lepas, dengan seorang dilaporkan terbunuh masing-masing seorang di Washington D.C. dan New York.
“Walaupun kehidupan semakin sukar buat gelandangan di New York City semasa lonjakan kes Covid-19, keadaan bertambah “muram” disebabkan insiden itu,” menurut The Guardian.
Pada Januari jumlah gelandangan di New York City mencecah angka tertinggi iaitu 48,413 termasuk 15,057 kanak-kanak, memetik data sistem perlindungan perbandaran.
Bagaimanapun, keadaan mungkin lebih teruk berbanding angka rasmi itu. – AFP, 22 Mac, 2022.
Komen