DUA wanita maut selepas ditikam di sebuah sekolah menengah di selatan Sweden semalam, kata polis, menambah seorang pelajar 18 tahun ditahan.
Kedua-dua mangsa berusia 50-an adalah pekerja di sekolah berkenaan, kata polis dalam satu kenyataan susulan serangan di Sekolah Malmo Latinskola, di tengah Malmo, bandar ketiga terbesar di negara itu.
Media tempatan berkata penyerang menghubungi nombor kecemasan untuk memberitahu di mana dia berada dan mengakui membunuh dua orang.
Suspek bersenjatakan pisau dan kapal, menurut media Sweden.
Dia ditahan tanpa pergelutan tidak lama selepas anggota polis pertama tiba, kata polis.
Awal petang semalam, polis pada mulanya melaporkan dua cedera dalam kejadian di sekolah itu.
Dua mangsa berkenaan dibawa ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan, kata pihak berkuasa.
Polis dihubungi kira-kira 5.15 petang waktu tempatan.
Rakaman menunjukkan polis bersenjata memeriksa kawasan dalam bangunan sekolah.
Motif pembunuhan itu masih tidak diketahui. – AFP, 22 Mac, 2022.
Komen