DUA keretapi penumpang bertembung menyebabkan 95 cedera di selatan Tunisia, semalam, kata pihak berkuasa kecemasan.
“Mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan tiada kematian dilaporkan,” kata jurucakap pertahanan awam Moez Triaa, menambah hanya satu keretapi yang membawa penumpang.
Kebanyakan yang cedera mengalami lebam dan patah, tiada yang kritikal, katanya.
Beliau berkata penumpang dalam keadaan terkejut, dan sebanyak 15 ambulans dihantar untuk merawat dan membawa mangsa ke hospital.
Insiden berlaku 9.30 pagi waktu tempatan di kawasan Jbel Jelloud ketika menghampiri terminal di Tunis.
Syarikat keretapi negara SNCFT berkata 84 dilaporkan cedera dan 77 lagi dibenarkan keluar hospital sementara tujuh yang lain dalam pemerhatian.
Menteri Pengangkutan Rabi Majidi melawat ke tempat kejadian tetapi tidak memberi sebarang kenaytaan.
Punca kemalangan belum jelas tetapi SNCFT berkata siasatan sedang dilakukan. – AFP, 22 Mac, 2022.
Komen