Zelensky bertegas mahu jumpa Putin


Orang ramai memegang sepanduk gambar Vladimir Putin ketika mendengar ucapan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Tel Aviv. – Gambar EPA, 22 Mac, 2022.

PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky bertegas beliau perlu bertemu dengan rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin dalam sebarang format pun, bagi menamatkan perang di Ukraine.

“Saya percaya tanpa pertemuan ini mustahil untuk memahami sepenuhnya apakah mereka bersedia untuk menghentikan perang,” kata Zelensky dalam temu bual dengan media serantau Ukraine, Suspilne.

Zelensky sebelum ini berkata tanpa rundingan, mereka tidak boleh menamatkan perang dan menggesa sidang kemuncak dengan Putin.

Beberapa sesi perbincangan Ukraine-Russia berlangsung melalui sidang video sejak permulaan pencerobohan tentera Russia di Ukraine pada 24 Februari lalu, namun tidak menampakkan sebarang hasil. – AFP, 22 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen