Pesawat China bawa 132 penumpang terhempas


Sebuah pesawat China Eastern yang membawa 132 penumpang terhempas di kawasan pergunungan terpencil di selatan China, selepas ia jatuh lebih 20,000 kaki dalam tempoh seminit. – Gambar EPA, 22 Mac, 2022.

SEBUAH pesawat China Eastern yang membawa 132 penumpang terhempas di kawasan pergunungan terpencil di selatan China, selepas ia jatuh lebih 20,000 kaki dalam tempoh seminit, mencetuskan kebakaran.

Syarikat penerbangan itu berkata sebahagian penumpang pesawat Boeing 737-800 itu yang dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou, maut tetapi tidak memberikan perincian lanjut.

Presiden Xi Jinping menggesa punca kejadian disiasat sepenuhnya.

Di Guangzhou, kakitangan syarikat membantu waris 123 penumpang dan sembilan anak kapal yang terbabit.

Pesawat itu tidak lagi menghantar maklumat penerbangan selepas jatuh 26,000 kaki altitude dalam tempoh tiga minit.

Video rakaman disiarkan media China menunjukkan pesawat itu dalam keadaan menjunam, tetapi tidak dapat disahkan ketulenan gambar berkenaan.

Pesawat MU5735, berlepas dari Kunming kira-kira jam 1 petang waktu tempatan, terputus hubungan ketika berada di Wuzhou, di wilayah Guangxi, menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC). – AFP, 22 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen