Pesawat bawa 133 penumpang terhempas di China


Pesawat Boeing 737 milik China Eastern itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou, wilayah Guangxi.– Gambar EPA, 21 Mac, 2022.

SEBUAT pesawat penumpang China Eastern yang membawa 133 orang terhempas di barat daya China.

Ia turut menyebabkan kebakaran di gunung dengan jumlah kematian masih tidak diketahui, lapor stesen TV CCTV pada Isnin.

Pesawat Boeing 737 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou, wilayah Guangxi dan “menyebabkan kebakaran gunung”, kata CCTV, memetik biro pengurusan kecemasan wilayah.

Menurut laporan itu pasukan penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian.

CCTV berkata “pesawat Boeing 737 China Eastern Airlines yang membawa 133 orang telah terhempas di daerah Teng, Wuzhou, Guangxi, dan menyebabkan kebakaran di kawasan gunung.”

Media tempatan melaporkan bahawa penerbangan China Eastern MU5735 belum tiba di destinasi yang dijadualkan di Guangzhou selepas ia berlepas dari bandar Kunming sejurus selepas 1:00 tengah hari (0500 GMT) Isnin, memetik kakitangan lapangan terbang.

Tiada maklum balas segera daripada China Eastern ketika dihubungi AFP. – AFP, 21 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen