26 penumpang terselamat dalam kejadian bot karam di Indonesia 


Pendatang Indonesia sering menggunakan bot nelayan untuk memasuki Malaysia secara haram.– Gambar EPA, 21 Mac, 2022.

DUA puluh enam penumpang dilaporkan hilang apabila bot nelayan yang membawa pekerja asing tanpa izin karam di luar pantai Indonesia ditemui masih hidup, selepas hanyut selama dua hari, kata pegawai semalam.

Dua daripada 86 penumpang bot berkenaan yang sedang dalam perjalanan ke Malaysia, terbunuh apabila ia terbalik dalam kejadian pada Sabtu, kata Rully Ramadhiansyah, jurucakap pangkalan tentera laut Belawan di pulau Sumatera.

Kapten dan tiga anak kapal semuanya terselamat.

“Kami mendapati beberapa penumpang berpaut pada pelampung, tomng minyak dan objek terapung lain untuk bertahan di lautan,” kata Ramadhiansyah kepada AFP.

“Ada yang lain diselamatkan oleh bot nelayan”.

Kapal kayu itu karam di luar wilayah Sumatera Utara berhampiran kawasan pantai Tanjung Api ketika ia cuba masuk ke Malaysia.

Ia mengalami kebocoran sejurus selepas berlepas sebelum dilanda ombak kuat dan terbalik.

Seorang pegawai sebelum ini berkata terdapat 89 orang di atas kapal berkenaan ketika ia karam namun semakan semula dengan kapten bot berkenaan mengesahkan terdapat 90 orang penumpang. 

Warga Indonesia yang memasuki Malaysia secara haram untuk bekerja sering berdepan risiko kemalangan berikutan cuaca buruk dan langkah keselamatan yang longgar. 

Pada Januari tahun ini, enam wanita Indonesia lemas di perairan Malaysia apabila bot yang mereka naiki karam selepas disyaki cuba memasuki negara secara haram.

Sebulan sebelum itu, 21 pendatang Indonesia turut maut apabila bot mereka karam.– AFP, 21 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen