150 dikompaun RM150,000 langgar SOP, kata polis


SERAMAI 150 individu dikenakan kompaun berjumlah RM150,000 kerana disyaki tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 ketika berhibur di dua premis hiburan di Jalan Raja Chulan dan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

Beliau berkata, selain 150 individu itu, polis turut menahan dua lelaki warga asing.

“Mereka disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (PPN) 2021 serta Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Hasil daripada pemeriksaan itu, polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) atas kesalahan menganjurkan aktiviti kelab malam tanpa lesen sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

Beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan serta memantau kegiatan kelab malam yang jelas tidak dibenarkan di bawah PPN Fasa 4. – Bernama, 20 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen