Pesawat tentera AS dikhuatiri terhempas di Norway


Pesawat tentera AS jenis Osprey dilaporkan hilang dan dipercayai terhempas di selatan Bodo di utara Norway dalam cuaca buruk.– Gambar EPA, 19 Mac, 2022.

SEBUAH pesawat tentera Amerika Syarikat yang empat anak kapal dipercayai terhempas di Norway ketika mengambil bahagian dalam latihan Nato, kata perkhidmatan kecemasan Norway Jumaat.

Pesawat Osprey AS dilaporkan hilang pada 18:26 (1726 GMT) selatan Bodo” di utara Norway dalam cuaca buruk, kata perkhidmatan kecemasan serantau (HRS) dalam satu kenyataan.

Krew empat orang itu mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan Cold Response yang melibatkan 30,000 orang dari Nato dan negara sekutunya.

Pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat dari udara kemudian melihat tanda-tanda pesawat itu di kawasan di mana ia hilang tetapi cuaca terlalu buruk untuk mereka mendarat, menurut kenyataan itu.

Pasukan penyelamat dan polis sedang menuju ke kawasan itu, tambahnya.

“Kami tidak berada di lokasi jadi kami tidak tahu apa-apa tentang empat orang yang berada di atas kapal. Namun kami tahu ia adalah lokasi nahas,” kata jurucakap HRS Jan Eskil Severinsen di saluran televisyen NRK.

Latihan Cold Response 2022 bertujuan untuk menguji cara Norway menguruskan tentera bersekutu di tanahnya sekiranya klausa pertahanan bersama Nato dicetuskan.

Latihan minggu ini dijalankan ketika ketegangan memuncak antara Rusia dan Nato berhubung pencerobohan Moscow ke atas Ukraine, tetapi ia telah dirancang sebelum serangan itu bermula pada 24 Februari.– AFP, 19 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen