KWSP umum 6.9% dividen bagi simpanan konvensional


Kamles Kumar

Seorang lelaki berjalan di hadapan bangunan ibu pejabat KWSP di Kuala Lumpur. KWSP hari ini mengumumkan dividn tertinggi bagi simpanan konvensional sejak 1997.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Februari, 2018. 

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bayaran kadar dividen 6.90% bagi simpanan konvensional dan 6.40% bagi simpanan syariah pada 2017. 

Pengerusinya, Samsudin Osman berkata bayaran simpanan konvensional merupakan yang tertinggi sejak 1997.

“Bagi simpanan konvensional, 6.90% merupakan kadar paling tinggi diumumkan sejak 1997,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kadar simpanan konvensinal pada 1997 adalah 6.70%.

Jumlah bayaran bagi simpanan konvensional adalah RM44.15 bilion dan jumlah simpanan syariah RM3.98 bilion.

Jumlah yang dimainkan pada tahun 2017 adalah RM48.13 bilion yang mana tuntutan KWSP meningkat 29% daripada 2016.

KWSP juga berkata, pendapatan pelaburan kasar bagi 2017, RM53.14 bilion merupakan yang tertinggi sejak ia mula ditubuhkan pada 1951.

Samsudin berkata, ini sebabnya KWSP perlu mempelbagaikan pelaburannya termasuk di pasaran luar negara bagi mengekalkan keuntungan jangka panjang.

“Inilah cabaran dalam menguruskan dana besar seperti KWSP kerana kita perlu menjana pulangan yang konsisten dan mampan untuk jangka masa panjang.

“Ini  juga sebahagian daripada sebab kita perlu mempelbagaikan pasaran luar negara berikutan peningkatan nilai aset global yang membantu kami menyedari keuntungan yang besar daripada pasaran dan kelas aset berbeza, yang menyumbang kepada prestasi keseluruhannya.”

KWSP mengumumkan dividen tertinggi dalam 20 tahun ketika negara sedang menantikan pilihan raya umum, yang dijangka akan diumumkan Perdana Mneteri Najib Razak pada bila-bila masa sahaja.

Pengumuman dana persaraan juga akan datang dari pembayaran yang lebih tinggi daripada dana ekuiti kebangsaan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Tabung Haji.

Kali terakhir KWSP dibayar lebih 7% adalah pada 1996 ketika era pentadbiran Dr Mahathir, yang mana ketika itu ia dianggap sebagai kemakmuran ekonomi di Malaysia.

Sejak Dr Mahathir memegang jawatan itu pada 1981 sehingga kegawatan ekonomi pada 1997, purata bayaran tahunan KWSP adalah hampir 8%. Bayaran dividen KWSP paling tinggi sejak itu adalah 6.84% pada 1999.

PNB pada Disember mengumumkan dividen 7%, tambahan 1% bonus bagi 10,000 unit pegangan dalam lebih 9 juta akaun Amanah Saham Bumiputera kerana menyambut ulang tahunnya yang  ke 40.

Ia juga mengisytiharkan dividen 5% untuk Amanah Saham Nasional, yang menghasilkan pulangan tahunan sebanyak 15% kepada 1.2 juta pelanggan.– 10 Februari, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen