29 ekor paus mati di pantai New Zealand


Bulan lepas, lebih 60 ikan paus spesis sama terdampar di Farewell Spit dan 28 daripadanya mati. – Gambar EPA, 18 Mac, 2022.

SEBANYAK 29 ekor ikan paus spesis ‘pilot’ ditemui mati selepas terdampar di Pulau Selatan New Zealand, menurut Jabatan Pemuliharaan hari ini.

Jabatan Pemuliharaan memaklumkan menerusi Facebook, terdapat 34 ikan paus terdampar, lima daripadanya berjaya kembali ke laut, lapor Agensi Anadolu.

Farewell Spit ialah laluan sempit yang terletak di utara Teluk Emas Pulau Selatan.

Bulan lepas, lebih 60 ikan paus spesis sama terdampar di Farewell Spit dan 28 daripadanya mati. – Bernama, 18 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen