Kim Jong-un jemput Presiden Moon ke Pyongyang


Presiden Korea Selatan Moon Jae-in di majlis perasmian pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang di Korea Selatan semalam. – Gambar EPA, 10 Februari, 2018.

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un hari ini menjemput Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in ke sidang kemuncak di Pyongyang, Seol.

Jemputan yang disampaikan oleh adiknya, Kim yo-jong berkata, beliau sanggup bertemu Moon “seawal yang boleh”, kata jurucakap Blue House.

Sidang kemuncak antara dua negara Korea ini akan menjadi yang ketiga selepas bapa Jong-un yang merupakan presiden sebelum ini bertemu Kim Dae-jung dan Roh Moo-hyun dari Korea Selatan masing-masing pada 2000 dan 2007, di Pyongyang.

Selepas berbulan membisu sama ada akan menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang di Korea Selatan yang dirasmikan semalam, Korea Utara telah menghantar atlet, penghibur dan adik perempuan Kim ke sana.

Moon bertemu Kim Yo-jong dan ketua istiadat Korea utara, Kim Yong-nam untuk berbincang dan makan tengahari di Blue House hari ini.

“Kim Yo-jong menyampaikan surat peribadi dari abangnya yang menyatakan hasrat ‘untuk memperbaiki hubungan antara negara Korea,” kata jurucakap Moon, Kim Eui-kyeom.

Yo-jong menyampaikan jemputan Kim kepada Moon “untuk melawat Korea Utara pada masa yang paling sesuai, katanya.

Bagaimanapun, Moon yang telah lama mahu berunding dengan Korea Utara mengenai cita-cita nuklear Kim tidak segera menerima jemputan itu.

Moon meminta usaha supaya jemputan itu direalisasikan lawatan itu dengan betul dan meminta Pyongyang lebih aktif cuba berdialog dengan Amerika Syarikat (AS).

“Korea Utara dan AS perlu segera berunding,” katanya.

Washington sudah lama bertegas bahawa Korea Utara mesti menunjukkan kesanggupannya untuk menghentikan sejata nuklear sebelum sebarang rundingan diadakan - yang mana tidak mungkin dilakukan Pyongyang. – AFP, 10 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen