Selalu lawat Sarawak, tapi banyak yang Najib tak tahu


Desmond Davidson

Perdana Menteri Najib Razak hari ini memberitahu delegasi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang beliau terkejut kos pembinaan jambatan Batang Lupar ialah RM1 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Februari, 2018.

NAJIB Razak mungkin megah berkata sudah 59 kali melawat Sarawak dan sudah ke 129 tempat di negeri itu sejak menyandang jawatan Perdana Menteri pada 2009. Namun, hari ini beliau nampaknya tidak tahu berapa besarnya Sarawak.

Di persidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) di Kuching hari ini, “sahabat Sarawak” itu memberitahu hadirin yang beliau bersetuju untuk membina sebuah jambatan kecil.

Najib berkata, dalam pertemuan dengan bekas ketua menteri, Adenan Satem, beliau telah bersetuju untuk menanggung separuh dari kos pembinaan jambatan itu.

“Saya fikir ia mungkin menelan belanja RM300 juta ke RM400 juta.”

Kata Najib, beliau “terkejut” apabila Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof kemudiannya memaklumkan bahawa kos jambatan sepanjang 5km itu ialah RM1 bilion.

Najib berkata beliau memikirkan bahawa jambatan Batang Lupar itu akan menelan kos sebanyak “beberapa ratus juta ringgit” kerana sebelum itu beliau telah meluluskan sebuah lagi jambatan “Batang” dengan kos sebanyak itu.

Beliau merujuk kepada jambatan di Batang Sadong sepanjang 1.4km yang dirasmikan pada 16 Oktober, 2106 pada kos RM200 juta.

Perdana menteri itu berkata beliau sudah mengotakan janjinya yang kerajaan Persekutuan akan menanggung 50% dari kos pembinaan jambatan Batang Lupar.

Jambatan Batang Sadong dan Batang Lupar merupakan sebahagian dari jalan pantai baharu negeri yang akan menghubungkan semua bandar di pinggir pantai dari Kuching ke Miri.

Ia akan menjadi jalan utama kedua negeri selepas Lebuh Raya Pan-Borneo.

Kedua-dua jambatan itu akan menggantikan perkhidmatan feri sungai.

Saya tak pernah tahu Sarawak ada banyak sungai,” kata Najib. – 10 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Tak sekolah tu pasal

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan