Pendakwa raya bantah pertanyaan peguam Najib dalam perbicaraan 1MDB


Raevathi Supramaniam

Timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam membantah peguam bela kepada Najib Razak, Hariharan Singh Tara Singh yang menyoal Ismee Ismail, bekas pengarah 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mac, 2022.

PIHAK pendakwaan kes 1MDB hari ini mengingatkan pasukan pembelaan bahawa bon RM5 bilion yang dikeluarkan Terengganu Investment Authority (TIA) dilakukan atas arahan Najib Razak.

Timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam membantah barisan peguam bela Hariharan Singh Tara Singh yang menyoal Ismee Ismail, bekas pengarah 1MDB.

Hariharan hari ini bertanya kepada Ismee tentang peranan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi Abral, dalam penerbitan bon TIA. Shahrol, berada di kandang saksi selama lebih setahun.

“Peguam mestilah adil dalam menangani saksi kerana Sharol memang mengatakan dia menerima arahan daripada tertuduh untuk meneruskan nota jangka sederhana Islam (IMTN),” Mustaffa memberitahu Hakim Colin Lawrence Sequerah.

“Itu tidak sepatutnya dikemukakan kepada saksi (Ismee)”.

Hakim turut mempersoalkan tindakan Hariharan mengapa soalan-soalan ini dikemukakan kepada Ismee sedangkan Shahrol telah disoal siasat.

“Shahrol telah dihadapkan,” kata hakim itu.

Hariharan memberitahu hakim, beliau bertanya soalan ini kerana Ismee adalah ahli lembaga TIA, yang juga menentang pengeluaran bon itu.

“Sebab soalan-soalan ini dikemukakan adalah kerana beliau adalah ahli lembaga pengarah. Saya mungkin mengemukakan soalan yang sama kepada Tan Sri Bakke (Mohd Bakke Salleh, bekas pengarah TIA) apabila beliau berada di sini.

“Lembaga berkata tidak, Tuanku (Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin) berkata tidak dan kemudian ada beberapa siri acara yang berlaku serta dilaksanakan Shahrol,” kata Hariharan.

Hakim kemudian membenarkan Hariharan meneruskan sesi pertanyaan itu. – 17 Mac, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen