11 maut, 486 cedera sepanjang pesta api di Iran


Seramai 11 maut manakala 486 lagi cedera di Iran ketika sambutan Chaharshanbe Suri atau Pesta Api. – Gambar Facebook, 16 Mac, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA 11 maut manakala 486 lagi cedera di Iran ketika sambutan “Chaharshanbe Suri” atau Pesta Api, menurut Xinhua, memetik laporan televisyen Iran semalam.

Seramai 49 mangsa mengalami kecederaan parah sejak pesta itu bermula lima hari lepas, kata jurucakap Pertubuhan Kecemasan Iran, Mojtaba Khaledi.

Jumlah mangsa yang cedera meningkat 47 peratus berbanding tahun lepas.

Pesta itu disambut rakyat Iran sebelum perayaan tahun baharu Iran atau dikenali sebagai Nowruz yang diraikan pada 21 Mac tahun ini. – Bernama, 16 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen