RIBUAN penduduk yang diarahkan untuk meninggalkan kediaman mereka di kepulauan Bali Indonesia berikutan letusan gunung berapi kini dibenarkan pulang, kata pihak berkuasa pada Sabtu.
Gunung berapi itu yang terletak kira-kira 75 kilometer dari hab pelancongan di Kuta, sebelum ini memuntahkan debu dan asap sejak beberapa bulan, menyebabkan lebih 100,000 penduduk di kawasan itu dipindahkan dan lapangan terbang antarabangsa di pulau berkenaan ditutup.
Namun pada Sabtu, pusat volkanologi Indonesia menurunkan tahap amaran daripada empat kepada tiga, dan menyatakan tarikh akhir aktiviti itu.
“Gegaran akibat gunung berapi kini menurun dengan signifikan. Perubahan bentuk itu semakin berkurang, semakin stabil dan kepekatan gas gunung berapi memuntahkan ke udara juga merosot,” kata pakar gunung api Gede Suantika kepada AFP.
Di bawah tahap amaran baru itu, zon larangan masuk dikurangkan kepada empat kilometer dari Gunung Agung, iaitu kawasan yang tiada penduduk, membenarkan kesemua penduduk yang dipindahkan untuk kembali ke kediaman mereka, kata pihak berkuasa.
“Aktiviti awam dan juga pelancongan di Bali diisytiharkan selamat, tiada lagi ancaman daripada aktiviti Gunung Agung, kata menteri tenaga Indonesia Ignasius Jonan dalam satu kenyataan.
Gunung Agung kembali meletus pada September lalu. Aktiviti di gunung berkenaan semakin berkurangan pada lewat Oktber, sebelum letusan mengancam keselamatan penduduk berlaku sekali lagi pada November menyebabkan gangguan kepada sektor pelancongan Bali.
Ketika ini hampir 20,000 penduduk yang dipindahkan ditempatkan di penempatan sementara di 180 lokasi di seluruh pulau berkenaan.
Kali terakhir letusan gunung berapi iti berlaku adalah pada 1963, yang menyebabkan 1,600 orang terbunuh. – AFP, 10 Februari, 2018.
Komen