NAIB Presiden Iran untuk Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Ensieh Khazali berkata wanita Iran sedang bergelut dengan sekatan zalim sepihak yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), menurut Agensi Berita Islamic Republic (IRNA).
Bercakap dalam mesyuarat ke-66 Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Status Wanita (CSW) pada Isnin, Khazali berkata wanita Iran, yang telah mencatatkan pencapaian sama seperti kaum lelaki kini bergelut dengan tekanan ekoran sekatan sepihak AS terhadap Iran.
Menurutnya Iran berjaya menangani pandemik Covid-19 global dengan menggunakan keupayaan domestik meskipun berhadapan kekangan akibat sekatan, terutamanya akses kepada ubat-ubatan dan peralatan perubatan.
Kira-kira 12,000 wanita Iran telah dilatih secara profesional semasa pandemik dan lebih 1.4 juta lagi menjadi pencari nafkah keluarga dilindungi badan amal kerajaan. – Bernama, 15 Mac, 2022.
Komen