Argentina hentikan sementara eksport minyak, makanan berasaskan soya 


Langkah itu termasuk penjualan minyak soya, tepung dan pelet, serta produk lain.– Gambar EPA, 15 Mac, 2022.

KERAJAAN Argentina menggantung eksport minyak soya dan makanan “sehingga diberitahu kelak,” menurut Kementerian Pertanian, Ternakan dan Perikanan pada Ahad.

Penolong Sekretariat Pasaran Pertanian kementerian itu dalam satu kenyataan berkata setakat Ahad dan sehingga diberitahu, pendaftaran jualan eksport minyak soya serta makanan akan digantung untuk semua tujuan, lapor Xinhua

Langkah itu termasuk penjualan minyak soya, tepung dan pelet, serta produk lain seperti “sisa pepejal daripada perahan minyak soya, soya kisar atau pelet soya”.

Argentina adalah antara pengeksport utama minyak soya dan makanan dunia, menghantar 5.5 juta tan minyak tahun lepas, dengan hampir 50 peratus bahagian pasaran, menurut data Bursa Saham Rosario.– Bernama, 15 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen