SEORANG pegawai polis di negeri Virginia di selatan Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara setahun kerana menembak anjing teman wanitanya dan berbohong kepada penyiasat.
Richard Chinappi, seorang pegawai polis Richmond, mengaku bersalah mencacatkan haiwan dan membuat laporan palsu kepada polis, menurut dokumen mahkamah.
Pada bulan Oktober lalu, menurut laporan akhbar, Chinappi menembak anjing jenis beagle milik teman wanitanya dengan senapang patah dan mendakwa—secara palsu—kepada polis bahawa ia berlaku apabila anjing itu diserang oleh beruang.
Chinappi, yang menjadi pegawai polis pada 2016, dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Powhatan County Circuit pada Jumaat dan digantung tugas selama empat tahun.– AFP, 15 Mac, 2022.
Komen