KERAJAAN India kini memantau kesan yang mungkin berlaku terhadap bekalan tenaga susulan konflik Russia-Ukraine.
India amat bergantung kepada import tenaga dan bimbang dengan kenaikan harga minyak mentah dunia baru-baru ini.
“Kerajaan memantau dengan teliti pasaran tenaga global serta potensi gangguan bekalan kesan daripada situasi geopolitik,” kata Menteri Petroleum dan Gas Asli India, Rameswar Teli pada Isnin.
Beliau berkata, India bersedia untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan sewajarnya bagi menstabilkan turun naik harga pasaran minyak mentah.
India bukanlah pembeli utama minyak Rusia kerana sebahagian besar bekalan datang daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
Import petroleum dan produk berkaitan sebanyak AS$15.2 bilion pada Februari – hampir 70% lebih tinggi berbanding bulan sama pada 2021. – Bernama, 14 Mac, 2022.
Komen