KEDUTAAN Vietnam di Russia dan Persatuan Vietnam di Krasnodar menerima 14 warga Vietnam termasuk tiga kanak-kanak yang melarikan diri dari wilayah Kherson di Ukraine.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), kebanyakan mereka adalah peniaga kecil di pasar tempatan yang ditutup akibat krisis Ukraine-Russia.
Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Luu Xuan Truong, berkata “dia gembira kerana dia dan ahli keluarganya dapat melarikan diri dan terharu atas bantuan yang diberikan masyarakat Vietnam yang berada di Krasnodar, Russia.
Setiausaha I di Kedutaan Vietnam di Russia, Vu Son Viet memberitahu VNA pihak Russia turut membantu mempermudah proses membawa keluar kumpulan itu dari Kherson. – Bernama, 14 Mac, 2022.
Komen