PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky menggesa Nato menguatkuasakan zon larangan terbang di negaranya.
Beliau turut memberi amaran sekiranya Nato gagal berbuat demikian, kemungkinan Rusia akan menyerang negara ahlinya.
“Jika kamu tidak menutup ruang udara kami, kamu hanya menunggu masa sebelum roket Rusia jatuh ke atas wilayah kamu, di wilayah Nato,” kata Zelensky dalam satu sidang video yang dikeluarkan sejurus selepas tengah malam.
Beliau berkats demikian sehari selepas tiga puluh lima orang terbunuh dan lebih 130 cedera apabila tentera Rusia melancarkan serangan udara ke atas tempat latihan ketenteraan di luar bandar Lviv di barat Ukraine, berhampiran sempadan dengan anggota Nato, Poland. – AFP, 14 Mac, 2022.
Komen