Konsulat AS di Erbil, Iraq jadi sasaran serangan roket


Konsulat AS di Erbil, utara Iraq menjadi sasaran serangan pengganas. – Gambar EPA, 13 Mac, 2022.

KONSULAT Amerika Syarikat (AS) di Erbil, utara Iraq menjadi sasaran serangan roket, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Gabenor Erbil, Omed Khoshnaw, berkata berlaku serangan pengganas ke atas konsulat AS di Erbil pada Ahad. 

Menurut Jabatan Negara AS tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. 

Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi, dalam akaun media sosialnya berkata serangan menyasarkan keselamatan orang awam dan pihaknya akan memulakan siasatan mengenai kejadian itu.

“Pasukan keselamatan kami akan menyiasat serangan itu. Kami menentang serangan yang menyasarkan keselamatan bandar dan kesejahteraan rakyat kami,” katanya. – Bernama, 13 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen