Lelaki seludup ular ditahan


SEORANG penyeludup yang menyembunyikan ular dan mengkarung di badannya dan cuba membawanya masuk ke Amerika Syarikat, kata pegawai kastam.

Lelaki itu ditemui menyembunyikan 52 beg di badannya apabila diminta keluar daripada traknya di pintu sempadan San Ysidro, California, bulan lepas.

Haiwan reptilia yang terdiri daripada 43 ekor mengkarung dan sembilan ekor ular itu disembunyikan di jaket, seluar dan kawasan kelakangnya, kata pegawai.

Lelaki yang tidak dinamakan itu sudah ditahan.

Haiwan diseludupnya kata pegawai termasuk haiwan dilindunyi dan kini sedang dikuarantin. – AFP, 13 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen