SATU serangan dron dilancarkan kilang penapisan minyak di ibu kota Arab Saudi menyebabkan kebakaran kecil tetapi tidak mengganggu bekalan, kata pihak berkuasa, ketika harga minyak mentah dunia melonjak akibat pencerobohan Russia di Ukraine.
Tindakan sabotaj dan keganasan diikuti beberapa serangan serupa di kilang Arab Saudi dilakukan pemberontak Huthi yang disokong Iran dan Yaman.
Serangan itu berlaku pada awal pagi Khamis.
“Kilang penapisan minyak di Riyadh diserang dron, menyebabkan kebakaran kecil yang berjaya dikawal,” kata kementerian tenaga, menurut Saudi Press Agency, tanpa secara langsung menuduh ia dilakukan Huthi.
Harga minyak minggu ini sangat tinggi iaitu antara AS$139 dan AS$105 setong, berikutan perang di Ukraine mencetuskan masalah bekalan.
Arab Saudi, antara pengeksport minyak terbesar dunia, dan rakan kongsinya di sekutu OPEC kini ditekan untuk meningkatkan pengeluaran bagi membantu mengimbangkan harga. – AFP, 11 Mac, 2022.
Komen