FACEBOOK melonggarkan peraturannya buat sementara waktu berkaitan ucapan keganasan bagi membolehkan kenyataan seperti “pergi mati penceroboh Russia” dibenarkan, tetapi tidak membenarkan kenyataan berunsur ugutan terhadap orang awam.
Kutukan antarbaangsa terhadap Moscow yang menceroboh dan menyerang negara jirannya, mencetuskan sekatan daripada kerajaan dan perniagaan Barat, serta mencetuskan kemarahan di media sosial.
“Akibat pencerbohan Russia di Ukraine, kami buat sementara waktu membenarkan ucapan luahan politik yang biasanya tidak dibenarkan mengikut peraturan kami, terutama ucapan keganasan,” kata syarikat induk Facebook, Meta dalam satu kenyataan.
Facebook mengeluarkan kenyataan itu selepas laporan Reuterus, memetik emel syarikat itu kepada pengendali kandungannya yang berkata dasar itu diguna pakai di Armenia, Azerbaijan, Estonia, Georgia, Hungary, Latvia, Lithuania, Poland, Romania, Russia, Slovakia dan Ukraine.
Facebook dan beberapa syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat bertindak mengenakan sekatan terhadap Russia kerana menyerang Ukraine.
Russia juga menyekat jaringan media sosial termasuk Twitter. Russia kini antara segelintir negara yang menyekat jaringan media sosial di dunia, selepas China dan Korea Utara. – AFP, 11 Mac, 2022.
Komen