Duterte batalkan pembelian helikopter dengan Bell 


Presiden Filipina Rodrigo Duterte membatalkan perjanjian pembelian helikopter daripada syarikat Kanada itu dan berkata akan mencari pembekal lain.– Gambar EPA, 9 Februari, 2018.

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte pada Jumaat mengarahkan kementerian pertahanannya untuk membatalkan kontrak bernilai AS$235 juta untuk pembelian 16 buah helikopter dari Kanada selepas Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengarahkan semakan semula berhubung hak asasi manusia. 

“Saya mahu pasukan keselamatan membatalkan perjanjian. Jangan teruskan lagi, dan bagaimanapun kita akan cari pembekal lain,” katanya berhubung pengumuman kerajaannya untuk membeli 16 helikopter Bell 412EPI yang diumumkan minggu ini. – AFP, 9 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen