Diplomat tinggi Rusia, Ukraine berunding di Turki


Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov (kanan) dan Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba (depan) sebelum pertemuan mereka semasa Forum Diplomasi Antalya di Antalya, Turki. – Gambar EPA, 10 Mac, 2022.

MENTERI luar Rusia dan Ukraine tiba di Turki untuk rundingan bersemuka yang ditetapkan pada pagi Khamis, kata pegawai, dalam pertemuan peringkat tinggi pertama antara sejak Moscow menyerang jirannya.

Pegawai dari Kyiv dan Moscow telah mengadakan beberapa pusingan perbincangan di Belarus, namun pertemuan di bandar selatan Antalya merupakan kali pertama Rusia menghantar menteri untuk perbincangan mengenai krisis itu.

Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba mendarat di Antalya untuk rundingan “mengenai Rusia hentikan permusuhannya dan menamatkan perangnya terhadap Ukraine,” kata jurucakap kementerian luar Oleg Nikolenko melalui Twitter petang Rabu.

Rakan sejawatnya dari Rusia Sergei Lavrov juga tiba untuk rundingan itu, kata pegawai Turki kepada AFP.

Dialog antara Kyiv dan Moscow setakat ini telah menghasilkan beberapa gencatan senjata dan koridor kemanusiaan bagi memindahkan penduduk, namun Rusia telah dituduh melanggar perjanjian tersebut.

Kuleba mengesahkan dalam video di Facebook beliau akan ke Turki untuk rundingan itu tetapi berkata jangkaannya “terhad”, ketika Rusia meneruskan kempen pengeboman kejam dan pengepungan bandar-bandar utama.

Beliau berkata kejayaan rundingan itu bergantung kepada “arahan yang Lavrov” dapat daripada Kremlin.

“Saya tidak letak sebarang harapan besar kepada mereka, tetapi kami akan cuba dan manfaatkan sepenuhnya” perbincangan dengan persiapan yang berkesan, katanya.

Pertemuan itu dibuat berikutan desakan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan agar Ankara memainkan peranan pengantara.

“Kami sedang berusaha untuk menghentikan krisis ini daripada berubah menjadi tragedi,” kata Erdogan pada Rabu.

“Saya harap pertemuan antara menteri akan membuka jalan kepada gencatan senjata kekal.”

Menteri-menteri Rusia dan Ukraine akan disertai bersama pada mesyuarat Khamis oleh Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu, dengan anggota Nato Turki berminat untuk mengekalkan hubungan kukuh dengan kedua-dua pihak walaupun konflik.

Ia adalah lawatan pertama ke luar negara untuk Lavrov sejak Rusia diasingkan oleh Barat dengan sekatan menggigit yang turut menyasarkan diplomat tertinggi Presiden Vladimir Putin yang sudah lama berkhidmat. – AFP, 10 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen