DI sebuah stesen minyak terbiar di lebuh raya timur laut Kyiv, seorang pegawai Ukraine memberi amaran: “Jangan pergi lebih jauh. Rusia ada di sana.”
Sejak lima hari lepas, Rusia telah mara lebih 80 kilometer (62 batu) di ke arah timur laut dan semakin hampir dengan ibu negara Ukraine.
Seorang pegawai tentera Ukraine lengkap dengan penyamaran menuju ke arah utara yang terletaknya lebuh raya.
“Kereta kebal Rusia hanya di sebelah sana, dua kilometer jauhnya,” katanya sambil mengarahkan kenderaan awam berundur, kerana ancaman daripada tentera Rusia.
“Pandu secara zig-zag untuk mengelakkan tembakan mereka,” katanya menasihati pemandu.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan maklumat mengenai kereta kebal Rusia supaya tentera Ukraine boleh mengebom mereka sebaik sahaja mereka bergerak melepasi garisan.
Kereta kebal Rusia ditempatkan hanya beberapa kilometer dari sempadan bandar Kyiv.
Sabtu lalu, Rusia berada kira-kira 80 kilometer lebih jauh dari jalan ini, berhampiran dengan bandar Chernihiv.
Kemaraan kereta kebal Rusia dari utara ke timur Kyiv, meningkatkan kebimbangan mereka akan mengepung ibu negara dalam masa terdekat.
Kereta kebal Rusia juga turut berada hanya beberapa kilometer dari bandar ke arah barat lautnya. – AFP, 10 Mac, 2022.
Komen