SELEPAS dua tahun pandemik Covid-19 belum berakhir dan boleh berlarutan lagi disebabkan pengedaran vaksin yang “tidak sama rata”, kata setiausaha agung PBB pada Rabu.
“Angka paling teruk ialah kesihatan dan nyawa berjuta-juta manusia, dengan lebih 446 juta kes di seluruh dunia, lebih enam juta kematian disahkan, dan tak terkira banyak pergelutan dengan kesihatan mental yang semakin teruk,” kata Antonio Guterres dalam satu kenyataan yang menandakan ulang tahun kedua krisis global.
“Terima kasih kepada langkah kesihatan awam yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan pembangunan serta penyebaran vaksin yang sangat pesat, banyak bahagian dunia kawal pandemik,” katanya.
“Tetapi satu kesilapan besar untuk anggap pandemik sudah berakhir.”
Guterres menyatakan “pengedaran vaksin kekal tidak sama rata,” walaupun 1.5 bilion dos vaksin dihasilkan setiap bulan, “hampir tiga bilion orang masih tunggu suntikan pertama mereka.”
“Kegagalan ini akibat langsung daripada keputusan dasar dan belanjawan yang mengutamakan kesihatan orang di negara kaya berbanding kesihatan orang di negara miskin,” kata Guterres.
Tambahnya pemulihan dua peringkat itu adalah “resipi untuk lebih banyak variasi, lebih banyak penutupan dan lebih banyak kesedihan dan pengorbanan di setiap negara.”
Kenyataan itu diakhiri dengan menyeru seluruh dunia “mendedikasikan semula diri kita untuk menamatkan pandemik… dan menutup bab menyedihkan ini dalam sejarah umat manusia untuk selamanya.” – AFP, 9 Mac, 2022.
Komen