Kelab malam kekal ditutup dalam fasa endemik, kata Khairy


Raevathi Supramaniam

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kelab malam akan kekal ditutup dalam fasa endemik kerana dinilai sebagai lokasi berisiko tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mac, 2022.

KELAB malam akan terus ditutup apabila Malaysia beralih ke fasa endemik pada 1 April, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Menteri kesihatan berkata kelab malam akan menjadi satu-satunya aktiviti yang kekal dalam senarai negatif Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pada 1 April hanya satu premis akan menjadi senarai negatif iaitu kelab malam.

“Kita melihat perkara ini pada keseimbangan penilaian risiko, ia adalah lokasi berisiko tinggi,” katanya.

Kelab malam ditutup sejak permulaan wabak pada Mac 2019.

Semalam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia akan memulakan peralihan ke fasa endemik mulai 1 April.

Pada masa sama Malaysia juga akan mengalu-alukan pelawat antarabangsa dengan sempadan akhirnya dibuka semula. 

Kedai makan juga akan dibenarkan dibuka 24 jam menjelang April. – 9 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen