ANGKA kematian akibat banjir yang melanda pantai timur Australia meningkat kepada 20 orang pada Selasa, selepas mayat seorang lelaki dan seorang wanita ditemui dalam banjir di Sydney.
Polis berkata, pasangan itu dipercayai ibu dan anak lelaki yang hilang selepas keretanya ditinggalkan dalam terusan banjir.
Puluhan ribu penduduk Sydney diarah untuk meninggalkan kediaman mereka ketika ribut yang teruk dan banjir kilat membanjiri kawasan bandar terbesar di Australia pada Selasa
Biro cuaca negara memberi amaran kepada penduduk Sydney untuk bersedia menghadapi waktu sukar dalam tempoh 48 jam akan datang.
60,000 orang tertakluk kepada arahan dan amaran pemindahan, dan Empangan Manly di bandar itu mula melimpah.
Hujan lebat merentasi Sydney membanjiri jambatan dan rumah, menghanyutkan kereta dan malah meruntuhkan bumbung pusat beli-belah dan pasar raya.
Di pinggir sungai Georges Hall kenderaan separuh tenggelam dan polis terpaksa menyelamatkan orang yang terkandas di dalam kereta akibat air banjir yang semakin meningkat. – AFP, 8 Mac, 2022.
Komen